Sokongan Permit SPAD

Tambahan maklumat di dalam ruangan Pengeluaran Permit

Keperluan untuk memohon Permit Kenderaan Perdagangan LPKP, pemohon perlu mengemukakan sesalinan :

a. Salinan maklumat pemohon :

i. Individu / Persendirian

*  Salinan kad pengenalan
*  Sijil daftar perniagaan (SSM)
*  Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan

ii. Syarikat

*  Maklumat / profil syarikat
*  Sijil daftar perniagaan (SSM)
*  Nyatakan jumlah unit kenderaan yang hendak ditempatkan.

b. Salinan geran dan pelan lokasi tempat letak kenderaan

( sertakan bersama surat kebenaran pemilik tanah jika pemohon bukan pemilik tanah )

c. Borang Lampiran A

(Untuk pengesahan jabatan )

Nota : Borang Lampiran A boleh didapati di dalam laman web Majlis Perbandaran Manjung atau di pejabat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan.