1
Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Ditubuhkan pada 1 Januari 1980 – dikenali MAJLIS DAERAH MANJUNG
Dinaik taraf kepada MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG (MPM) sebagaimana warta Kerajaan Negeri Perak pada 1 Ogos 2001
WARTA PELUASAN KAWASAN
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 MEI 2021 bersetuju untuk meluaskan kawasan operasi MPM meliputi seluruh Daerah Manjung. Peluasan ini telah diwartakan pada 4 DISEMBER 2014 (No. Warta: 3115/No. Pelan Warta PW3734 dan PW2124)
Kawasan Operasi Sediaada (16.010.00 Ha)
Kawasan Operasi Cadangan (77,270.00 Ha)
Kawasan Kawalan Yang Baru (36,667.22 Ha)
Jumlah Keseluruhan Kawasan MPM = 129,947.22 Ha
VISI
Menjadikan Perbandaran Manjung Bandar Pelancongan dan Maritim yang maju, progresif, makmur dan terunggul.
MISI
Memperkasakan pembangunan infrastuktur dan perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat secara profesional berteraskan pemikiran inovatif, kompeten dan berwawasan.
Komited memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, telus dan efisien.
Majlis Perbandaran Manjung komited menyampaikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berkualiti berlandaskan keperluan pelanggan dan pihak berkempentingan serta penambahbaikan berterusan untuk menjadikan Manjung sebuah perbandaran yang Maju, Progresif dan Makmur.
Mewujudkan kawasan perbandaran yang selesa, selamat dan harmoni melalui pembinaan keupayaan (Capacity Building) yang berterusan dalam pelbagai bidang.
Bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan disamping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
Mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayaran cukai dan lain-lain) yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
Merancang dan melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat ke arah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan ke atas aktiviti perniagaan dan perindustrianserta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan masyarakat bandar yang seimbang dan harmoni.