- APA ITU EKSA
APA ITU EKSA?
Eksa merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik disamping penambahan beberapa elemen baharu
- GARIS PANDUAN EKSA MPM
PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
TUJUAN
Panduan ini dihasilkan untuk membantu seluruh kakitangan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif melalui pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
PENGENALAN
Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan seperti pengemaskinian MyPortfolio, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018, Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2016, Piagam Pelanggan, aktiviti pembudayaan inovasi dan sebagainya. Seiring dengan usaha-usaha ke arah transformasi perkhidmatan awam, pemantapan pengurusan persekitaran tempat kerja ke arah meningkatkan imej dan profesionalisme organisasi perlu dilaksanakan.
Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan pelaksanaan amalan EKSA merupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan secara universal. Pelaksanaan amalan EKSA dapat membantu warga MPM merancang dan melaksanakan usaha-usaha menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
- GARIS PANDUAN EKSA MAMPU
- POLISI EKSA
POLISI EKSA
- OBJEKTIF EKSA
OBJEKTIF PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
- Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik dan kondusif.
- Melahirkan warga MPM yang berdisiplin, bermotivasi, berjimat dan berkeyakinan.
- Menjamin layanan yang mesra dan berkualiti serta sentiasa bersedia membantu pelanggan dalam semua urusan MPM.
- Menjamin untuk memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti dan berkesan ke arah mencapai visi dan misi MPM.
- Menjamin semua jabatan dan unit di MPM ini memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan berkualiti kepada semua pelanggan mengikut piawaian yang ditetapkan.
- Menjamin tahap perkhidmatan yang berkualiti dalam semua urusan MPM melalui penyediaan sistem kualiti.
- SLOGAN DAN LOGO EKSA
- PRINSIP EKSA
PRINSIP EKSA
Prinsip pelaksanaan EKSA di MPM adalah seperti berikut:
- Menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan kakitangan.
- Mengamalkan budaya korporat.
- Melahirkan ukhuwah dalam pekerjaan.
- Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan.
- INFO EKSA MPM
- GOTONG ROYONG EKSA MPM
CARTA PERBATUAN EKSA MPM
ZON – ZON EKSA
PEMBAHAGIAN ZON EKSA
Tujuan pembahagian Zon EKSA di MPM adalah bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan amalan EKSA. MPM telah membentuk 14 zon yang berasaskan jabatan dan unit.
ZON CHEVRON
ZON EURO
ZON FACEBOOK
ZON FIREWALL
ZON INO_LAND
ZON INTENSIF
ZON KOMPETENSI
ZON KOMPEKTOR
ZON OSC
ZON PLANNER
ZON PLATINUM
ZON PREMIER
ZON V-BEST
ZON VISTA
MAKLUMAT SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI