Pengurusan Sisa Pepejal
Perkhidmatan yang diberikan di bawah Bahagian Perkhidmatan Bandar
• Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan kutipan sampah domestik mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Kawasan bandar/perniagaan – setiap hari
- Kawasan perumahan – 3 kali seminggu
• Memantau, memeriksa dan memperaku kerja-kerja pembersihan kawasan oleh Kontraktor yang dilantik oleh Majlis mengikut Zon/Kawasan yang telah ditetapkan.
- Pemotongan Rumput
(a) Laluan utama – 2 kali sebulan
(b) Kawasan taman perumahan – 1 kali sebulan
- Pembersihan Sistem Perparitan
(a) Laluan utama – 1 kali sebulan
(b) Kawasan taman perumahan – 1 kali sebulan
- Pembersihan Pantai
(a) Menyapu dan mengutip sampah – setiap hari
(b) Memotong rumput – 2 kali sebulan
(c) Mencuci longkang – selang sehari dan 2 kali sebulan