Atas Talian | dalam penyelenggaraan akan beroperasi melalui MyManjung |
Manual | Kaunter Pelesenan & Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Waktu Operasi Kaunter: Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 4.30 petang Faks: 05-6882 102 Emel: pelesenan@mpm.gov.my Web : www.mpm.gov.my |
SYARAT ASAS PERMOHONAN
Permohonan lesen perniagaan & iklan boleh dibuat oleh pemilik syarikat sebelum sebarang aktiviti dijalankan di premis dengan syarat menyediakan semua dokumen asas permohonan serta dokumen teknikal sokongan yang berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.
2.4.1 Lima (5) Dokumen Asas Permohonan (wajib disediakan):
Bil | Perkara | Catatan | Contoh |
1. | Salinan Kad Pengenalan/ Passport pemohon | 1 salinan | |
2. | Salinan Pendaftaran Perniagaan/ Syarikat (Memorandum & Article, Form 24, Form 49 atau Form 13- Tukar Nama Syarikat) | 1 Salinan | |
3. | Salinan Bil Cukai Harta/ Cukai Harta yang terkini dan telah dijelaskan bayaran bagi tahun semasa | 1 Salinan | |
4. | 4 Gambar berwarna keadaan luar (hadapan) dan dalam premis perniagaan/ perusahaan | 1 Salinan | |
5. | Lakaran/ visual papan iklan yang telah disahkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP): Pengesahan secara atas talian di pautan: https://dbpsahbahasa.my/ Contoh visual yang dibenarkan | 1 Salinan |