MPM BERJAYA PEROLEH ANUGERAH EMAS 3 BINTANG DALAM KONVENSYEN ICC/KIK MALAYSIA 2022: ROAD TO BEIJING ICQCC SIRI 2

𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝟑 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐂𝐂/𝐊𝐈𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟐 : 𝐑𝐎𝐀𝐃 𝐓𝐎 𝐁𝐄𝐈𝐉𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐂𝐐𝐂𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐

21 MAC 2023 (SELASA) – Setinggi-tinggi tahniah kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang sekali lagi mencipta kejayaan dalam bidang kreativiti dan inovasi apabila memperoleh Anugerah Emas 3 Bintang bagi Kategori Sektor Awam Negeri dalam Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 : Road To Beijing ICQCC Siri 2 yang diadakan di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Projek yang dipertandingkan ialah Permit dan Kawalan Penjaja Harian Sementara oleh Kumpulan FAST. Justeru, syabas diucapkan kepada Kumpulan FAST dan semoga kejayaan ini akan memantapkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga kerja MPM serta menjadi inspirasi dan iltizam untuk kita menghasilkan lebih banyak lagi projek-projek inovasi dan KIK pada masa hadapan.

Konvensyen anjuran QKM Consults Sdn. Bhd. yang diadakan selama 2 hari ini turut disertai oleh 42 agensi kerajaan dan swasta dari seluruh Malaysia. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Sektor Awam Negeri, Sektor Awam Persekutuan dan Sektor Swasta.