PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA SEMPENA MAAL HIJRAH 1446H INISIATIF KAWASAN RUKUN TERTANGGA (KRT) SERI MANJUNG 1 ERATKAN UKHWAH KOMUNITI PERBANDARAN.

14 Julai 2024 (Ahad) – Bertempat di Padang Fasa 2C, Seri Manjung telah diadakan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Asyura sempena Awal Muharam 1446H.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Seri Manjung I secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan, semangat ukhwah antara komuniti yang turut disertai oleh komuniti Taman Fasa 2C, Komuniti Taman Fasa 2C Tambahan, Komuniti Kuarters TNB selain daripada KRT sendiri.

Amalan bergotong-royong memasak, bersedekah dengan agihan bubur asyura kepada ahli dan komuniti setempat amatlah baik dan mulia dan tradisi ini mewarisi amalan yang diamalkan oleh ibu bapa kita di kampung-kampung.

Kita sebagai komuniti bandar amatlah bertuah sekiranya tradisi ini terus dihidupkan di kawasan kejiranan taman perumahan moden disamping memberi pendedahan kepada generasi muda tentang masakan tradisi ini agar tidak luput ditelan zaman dan paling utama gerak kerja ini mampu memupuk perpaduan dikalangan komuniti perbandaran.

“Kesejahteraan komuniti tidak wujud dengan sendiri tapi perlu dipupuk”