MANJUNG RUN 2024 @ BERUAS
Ingin menerokai kecantikkan bandar Beruas? Kini masanya untuk mendaftar bagi menyertai Program Manjung Run 2024 @ Beruas. Marilah menikmati keseronokannya dengan harga promosi Early Bird dari RM10 sahaja. Untuk makluman, ini merupakan program CSR Vale bersama Majlis Perbandaran Manjung dan dibuka kepada semua bagi mempromosikan kawasan Pekan Beruas sebagai salah satu produk pelancongan di daerah Manjung. Program ini juga merupakan salah satu usaha dalam meningkatkan limpahan ekonomi kepada Komuniti Beruas. Ayuh semua!!!
Tarikh: 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Lokasi: Padang Bandaran Beruas, Perak
Kategori: 3KM | 5KM | 12KM | 21KM
Jom menerokai keindahan sebenar Negeri Perak. Moh daftar hari ini!