PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN KERAJAAN NEGERI PERAK

12 April 2022 – Telah berlangsung Program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini.

Program ini diadakan bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Program yang disertai oleh YAB Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Perak ini turut melibatkan jabatan-jabatan negeri dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Perak termasuk Majlis Perbandaran Manjung.