MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN IHSAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN TAHUN 2022

14 APRIL 2022 (KHAMIS) – Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ihsan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Tahun 2022 telah berlangsung pada jam 6.30 petang di Dewan Merdeka, MPM.

Tema majlis berbuka puasa pada tahun ini ialah ‘Indahnya Ramadan, Manisnya Iman’. Indahnya Ramadan membawa maksud kita sebagai umat Islam menikmati keindahan bulan yang penuh dengan kerahmatan, dibuka pintu-pintu syurga dan bulan ini merupakan bulan pengampunan dan juga merupakan bulan di mana Allah SWT mengabulkan doa-doa kita. Manisnya iman apabila kita seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga kerana Allah SWT dan kita dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang baik oleh-Nya.

Semasa majlis ini, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM telah menyampaikan Sumbangan Ihsan Hari Raya Aidilfitri berupa wang tunai RM100 kepada 100 anggota yang terpilih.

MPM berharap agar Ramadan pada tahun ini menjadikan kita umat Islam yang jauh lebih sempurna berbanding tahun-tahun sebelumnya.