PENDAHULUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik Melalui Pengenaan Caj Penggunaan Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pada Hari Sabtu Setiap Minggu di Negeri Perak Tahun 2023

Garis panduan bagi pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik Melalui Pengenaan Caj Penggunaan Beg Plastik ini disediakan bertujuan sebagai asas panduan serta rujukan bagi pematuhan kepada semua premis perniagaan yang dikategorikan terlibat dengan pelaksanaan kempen tersebut.

MUAT TURUN

  1. Garis Panduan Pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik Melalui Pengenaan Caj Penggunaan Beg Plastik oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pada Hari Sabtu Setiap Minggu di Negeri Perak Tahun 2023
  2. Borang Pendaftaran Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma (Borang CP-A Lampiran 1) dan (Borang CP-F Lampiran 4
  3. Borang Serahan Kutipan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Percuma (Borang CP-S Lampiran 3)

KAEDAH PELAKSANAAN

PENDAFTARAN

Kategori yang diwajibkan mendaftar ialah seperti berikut :-

TEMPOH PENDAFTARAN BAGI PREMIS KEUTAMAAN BERMULA 1 JULAI 2023 HINGGA 31 JULAI 2023

  1. PASARAYA HYPER (Hypermarket)
  2. PASARAYA BESAR (Supermarket)
  3. PASARAYA SERBANEKA (Departmental Store)
  4. KEDAI SERBANEKA (Convenient Store)
  5. RESTORAN MAKANAN SEGERA (Fast Food Restaurant)
  6. KEDAI SERBANEKA STESEN MINYAK (Petrol Station Convenient Store)
  7. KEDAI RANGKAIAN (Chain Store)
  8. FARMASI (Pharmacy)

Pages: 1 2