PROGRAM GOTONG-ROYONG KESEJAHTERAAN MASJID NURUL HIDAYAH, MASJID DAERAH MANJUNG DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
27 Mei 2023 (Sabtu) – Program gotong-royong memangkas dahan pokok yang telah reput dan menebang pokok yang merbahayakan telah diadakan di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Masjid Daerah Manjung, Seri Manjung.
YDH Toh Seri Kelana Perkasa, Encik Ismail Haji Balua, Orang Besar 32 Negeri Perak juga Timbalan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Daerah Manjung turut hadir bersama Ahli Jawatankuasa untuk berkolaborasi bersama Pasukan Penyelenggaraan Pokok Teduhan, Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung.
Objektif program ialah bagi memberi sumbangan yang positif terhadap keselamatan, kesejahteraan komuniti kariah masjid dan orang awam yang mengunjunginya disamping memupuk kerjasama serta mengeratkan hubungan ukhwah dan strategik antara pihak masjid dan Majlis Perbandaran Manjung.