PROGRAM KHIDMAT KESUKARELAWANAN INISIATIF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) TANJUNG MALIM KEARAH MEMUPUK PANTAI YANG BERSIH.
28 Mei 2023 (Ahad), Pantai Peranginan Teluk Senangin, Lumut menerima kunjungan 35 orang siswa/siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dan 5 orang sukarelawan dari Sapura Fabrication Sdn. Bhd, Lumut Port, Lumut dalam Program Khidmat Kesukarelawanan bagi memupuk kesedaran awam terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan pantai.
Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tersebut telah mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Manjung melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Di program yang sama, bakal-bakal guru tersebut turut mendapat suntikan ilmu dan pendedahan berkaitan Program Kitar Semula yang dilaksanakan oleh MPM melalui Unit Kitar Semula MPM dibawah pimpinan Encik Muhamad Afiq Ahamad, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Sesuatu yang amat berharga dan boleh dipraktikkan apabila siswa/siswi ini menjejak kaki kealam pekerjaan yang sebenar satu hari nanti.
Terima kasih juga atas sikap keprihatinan Puan Rosmah Baharum, Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Sapura Fabrication Sdn.Bhd dan kakitangannya yang turut mengutip sampah di pesisiran pantai walaupun pada asalnya ingin melihat sahaja kaedah program khidmat masyarakat melalui Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dipraktikkan oleh pihak MPM itu dilaksanakan.
Sebanyak 126 kg sampah dapat dipungut dalam tempoh masa 2 jam diberikan. Kebanyakkannya terdiri daripada bahan buangan plastik, polistrin, tin minuman dan kaca yang menggambarkan kesedaran awam terhadap pemeliharaan kawasan pantai masih perlu diperbaiki lagi.
Objektif program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar yang mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan pelancong untuk bersama-sama mengekalkan keindahan semulajadi pantai Teluk Senangin, Lumut sebagai salah satu tarikan pelancongan yang selamat untuk dikunjungi oleh pengunjung
dengan membantu menyemai amalan semangat kerjasama bergotong-royong kearah kualiti hidup sihat dalam meningkat kesejahteraan hidup.
Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas khidmat sukarelawanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Sapura Fabrication Sdn.Bhd yang prihatin dalam memupuk kebersihan persekitaran kawasan awam di daerah perbandaran Manjung.