SEJARAH PROGRAM KEBUN KOMUNITI DI DAERAH MANJUNG

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggerakkan program Kebun Komuniti sejak tahun 1997 menerusi Program Semai Indah yang telah dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada ketika itu. Ia disusuli dengan pelancaran kebun tanaman makanan (Edible Garden) oleh isteri Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 di Festival Antarabangsa Landskap dan Taman (LAMAN) pada tahun 2008.

Di daerah Manjung, projek bermula pada tahun 2014, dimulai dengan Kebun Kejiranan KRT Seri Manjung Fasa 1D sebagai perintis.

Sehingga sekarang, terdapat 7 Kebun yang telah menyertai Program Kebun Kejiranan Hijau Majlis Perbandaran Manjung.