Pindah Milik Pegangan Bercukai
Bagi harta yang masih belum ditukar hakmilik, tempoh 3 bulan diberi untuk membuat pertukaran. Bagaimanapun, bagi harta yang melibatkan individu yang telah meninggal dunia, tempoh masa yang diberi adalah setahun. Kegagalan berbuat demikian di dalam tempoh tersebut akan membawa kepada pengenaan kompaun.
PERHATIAN: Setiap pertukaran pemilik perlu membuat pindah milik
Adakah saya perlu membuat pindah milik?
Mengikut Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Akta 171 ) 160, apabila sesuatu pegangan berkadar dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa tempatan dijual atau dipindah milik, pembeli atau penerima perlu membuat pindah milik dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik, notis mengenainya harus diberi kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang I atau Borang J (atas sebab kematian).
Dimanakah saya harus mendapatkan Borang I atau Borang J?
Borang I atau Borang J boleh didapati di kaunter semakan cukai taksiran di Pejabat Majlis Perbandaran Manjung.
Adakah dikenakan apa-apa bayaran untuk proses pindah milik?
Setiap proses pindah milik akan dikenakan bayaran sebanyak RM 20.00.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pindah milik?
Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah :-
i. Borang pemohonan pindah milik.
ii. Salinan Geran hakmilik terkini,surat perjanjian jual beli atau Borang 14A berserta resit bayaran di Pejabat Tanah & Galian.
iii. Salinan Cukai Taksiran Terkini.
iv. Salinan Kad Pengenalan pemilik baru.
v. Surat pengesahan tuan tanah yang di setemkan bersama salinan kad pegenalan bagi tanah yang disewakan daripada tuan tanah.
vi. Bayaran proses RM 20.00.
Urusan pindahmilik pegangan boleh dibuat di kaunter semakan tingkat 1, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Manjung.
Nama pembeli atau pemilik baru akan dibilkan atau diproses dalam tempoh 14 hari melalui surat atau pesanan ringkas (SMS bagi yang ada menyertakan no telefon)