Penyewaan Kedai / Gerai / Pasar Majlis
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT
PELAWAAN PENYEWAAN KEDAI / MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Meja Pasar Awam dan Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat. Borang permohonan boleh didapati di Laman Web Majlis Perbandaran Manjung dan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, MPM pada waktu pejabat.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-
1.1 Bayaran proses sebanyak RM5.00
Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon meja pasar / gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja.
Senarai meja pasar / gerai adalah seperti yang dilampirkan di halaman utama laman ini ( rujuk ruangan Iklan Sewaan )
JADUAL PENGIKLANAN KEKOSONGAN PREMIS SEWAAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
BAGI TAHUN 2022
JADUAL PENGIKLANAN KEKOSONGAN PREMIS SEWAAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
BAGI TAHUN 2022
BULAN | TARIKH BUKA PENGAMBILAN BORANG | TARIKH TUTUP PENYERAHAN BORANG |
JANUARI | 03.01.2022 | 14.01.2022 |
FEBRUARI | 03.02.2022 | 15.02.2022 |
MAC | 01.03.2022 | 15.03.2022 |
APRIL | 01.04.2022 | 15.04.2022 |
MEI | 04.05.2022 | 13.05.2022 |
JUN | 01.06.2022 | 15.06.2022 |
JULAI | 01.07.2022 | 15.07.2022 |
OGOS | 01.08.2022 | 15.08.2022 |
SEPTEMBER | 01.09.2022 | 15.09.2022 |
OKTOBER | 03.10.2022 | 14.10.2022 |
NOVEMBER | 01.11.2022 | 15.11.2022 |
DISEMBER | 01.12.2022 | 15.12.2022 |