1.Merancang, mengurus, menyelaras dan menyelia pengurusan unit serta mengendalikan acara-acara pelancongan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pihak MPM ataupun penganjuran acara yang melibatkan MPM dengan kerjasama agensi kerajaan atau pihak swasta di Pulau Pangkor.
2.Melaksanakan pengurusan penglibatan komuniti Pulau Pangkor melalui penerimaan suara dan pandangan penduduk kepada MPM.
3.Merancang dan melaksanakan usaha promosi pelancongan daerah Manjung melalui semua medium media di samping menyediakan informasi berkaitan komponen-komponen pelancongan.
4.Mengurus, mengendali serta menyelaras potensi pelaburan serta pembangunan pelancongan bagi Pulau Bebas Cukai.
5.Mengurus, menyelaras dan mengendalikan peruntukan serta permohonan peruntukan bagi tujuan pembangunan di Pulau Bebas Cukai.