PROGRAM BERTEMU PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI PASAR AWAM PANTAI REMIS

Apa khabar warga Manjung?

Jangan lupa janji temu kita di Pasar Awam Pantai Remis pada 22 Januari 2020 (Rabu) dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sempena Program Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Manjung.

Dapatkan pengurangan 50% kompaun tempat letak kereta dan kompaun penguatkuasaan Majlis Perbandaran Manjung.

Selain itu, manfaatkan hari anda dengan menyelesaikan :
📌 Bayaran dan semakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun
📌 Bayaran dan pembaharuan lesen perniagaan

Anda juga boleh membuat :
📌 Aduan, permohonan dan cadangan awam
📌 Pembelian kupon dan pelekat tempat letak kereta
📌 Pembelian pokok-pokok bunga/ hiasan pada harga serendah RM3.

Pastikan juga anda membawa barangan kitar semula yang akan kami tukarkan dengan barangan keperluan harian.

Jumpa anda di sana!!!