MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
NOTIS KERJA UNDI BIL.1/2021
PEROLEHAN KERJA-KERJA UNDIAN BAGI PERUNTUKAN PEMERKASA
PENGUMUMAN
- Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung akan melaksanakan proses perolehan secara undi bagi kerja-kerja seperti di LAMPIRAN A.
- Semua Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang beralamat di Daerah Manjung adalah dijemput untuk menyertai undian bagi perolehan kerja-kerja kecil ini.
- Pendaftaran kontraktor yang berminat menyertai proses kerja undi ini akan dilaksanakan secara atas talian melalui laman web rasmi MPM, sebagai mematuhi arahan SOP semasa di musim Endemik ini.
- Pihak kontraktor wajib mengisi maklumat borang pendaftaran kerja-kerja undi ini dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan dalam bentuk PDF dan JPEG sahaja.
- Tempoh masa pendaftaran adalah selama 24 JAM sahaja.
- Hanya pendaftaran secara ‘online’ dan menepati syarat-syarat utama dalam tempoh yang ditetapkan sahaja akan diterima.Pihak urusetia Perbendaharaan akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya pada tapisan pendaftaran sebelum proses cabutan undi dilaksana.
- Pihak kontraktor tidak perlu hadir ke pejabat untuk membuat pendaftaran atau mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
- Sesi undian akan dilaksanakan pada 23 DISEMBER 2021 (KHAMIS) pada pukul 2.30 petang secara langsung di laman Facebook Majlis Perbandaran Manjung.Kontraktor tidak perlu hadir ke MPM untuk sesi cabutan undi.
Attachments:
Tender Ref:
NOTIS KERJA UNDI BIL.1/2021
Tender Closing Date:
Jumaat, 24 Disember 2021