Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung ingin membuka pelawaan penyewaan tapak ekspo / karnival di Jalan Sultan Yusuf Izzudin (hadapan KFC) Lumut bagi Sesi 1/2024.

Tawaran adalah terbuka kepada orang perseorangan atau syarikat yang masih sah berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) serta dibenarkan membuat tawaran bagi melaksanakan aktiviti tersebut bagi tempoh yang dinyatakan seperti di dalam borang.

Borang tawaran sewaan boleh didapati mulai 9 Januari 2024 hingga 11 Januari 2024.  Sila hubungi En. Anuar Hadi di talian 019-5498511 pada waktu operasi seperti berikut atau terus hadir ke pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan.

Waktu Operasi Pejabat

Isnin – khamis      :           8.15 pagi – 4.15 petang

Jumaat :  8.15 pagi – 12.15 tengah hari, dan 2.45 petang – 4.15 petang

Hanya penama / pemilik yang sah sahaja seperti dalam sijil perakuan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh menyertai tawaran.  Sila lampirkan bersama salinan sijil tersebut semasa menghantar tawaran harga ini.  Butiran nama dan perincian kadar harga hendaklah ditulis dengan terang dan jelas.  Pihak urus setia berhak menolak sekiranya didapati maklumat tersebut meragukan.

Syarikat-syarikat atau individu perseorangan mestilah mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu menjelaskan keseluruhan bayaran setelah berjaya dalam pemilihan tawaran ini sebelum program ekspo bermula.

Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran.  Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dokumen yang tidak terdapat di dalam Peti Tawaran setelah ia dibuka.

Sila ambil perhatian, tarikh tutup penyerahan borang ke dalam Peti Tawaran di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, MPM adalah sebelum jam 4.15 petang, 11 Januari 2024.  Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.  Dokumen tawaran Sesi 1/2024 juga tidak akan dikeluarkan selepas tempoh di atas.