SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS
Matlamat pembangunan mampan yang dikenali sebagai SDG merupakan agenda teras kearah tahun 2030 dalam memastikan pembangunan mampan yang telah dipersetujui oleh pemimpin dunia pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas berakhir matlamat pembangunan Milenium (MDG) yang telah berakhir pada tahun 2015. SDG diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran yang meneruskan matlamat untuk mencapai agenda 2030 dalam kestabilan dalam tiga dimensi pembangunan mampan yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
SDG merupakan agenda global 2030 kearah pembangunan yang lebih lestari, berdaya tahan dan inklusif. SDG terdapat 244 penunjuk global. Rangka kerja tersebut telah disemak pada tahun 2019 dan dibentangkan kepada Suruhanjaya Perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ke-51 pada Mac 2020. Terdapat 247 penunjuk SDG yang telah dipersetujui dan diterima pakai untuk pemantauan Agenda 2030.
Terdapat 17 fokus matlamat global yang direka untuk menjadi Blueprint bagi mencapai masa depan yang lebih lestari. Berdasarkan Sustainable Development Goals (SDG), terdapat 17 fokus yang diketegahkan iaitu menghapus kadar kemiskinan, mengakhiri kadar kelaparan, kesihatan dan kesejahteraan yang baik, pendidikan yang berkualiti, kesaksamaan jantina, air dan sanitasi yang bersih, tenaga yang bersih dan berpatutan, pekerjaan dan pembangunan ekonomi yang baik, industri, inovasi dan infrastruktur, mengurangkan ketidaksamaan, kelestarian bandar dan komuniti, penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, Tindakan iklim, kehidupan dibawah air, penjagaan ekosistem darat, keamanan, keadilan dan institusi yang kukuh serta kerjasama demi matlamat. 17 SGD tersebut memfokuskan ke semua aspek dan sektor bagi memastikan kelestarian dalam pembangunan menjelang tahun 2030.