BANDAR PINTAR
SMART CITY atau dikenali sebagai Bandar Pintar ditakrifkan sebagai bandar yang menggunakan ICT dan kemajuan teknologi dan inovasi bagi menangani isu-isu bandar. Terdapat 7 komponen utama bandar pintar di Malaysia merangkumi Smart Economy, Smar Living, Smart Environment, Smart People, Smart Government, Smart Mobility dan Smart Digital Infrastructure.
Konsep bandar pintar adalah salah satu pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu perbandaran bagi meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi, membangunkan persekitaran mampan, selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang cekap melalui penggunaan ICT dan kemajuan teknologi.
CABARAN BANDAR
Peningkatan penduduk dan kepesatan pembangunan mengakibatkan pelbagai isu dan cabaran perbandaran.
EKONOMI DIGITAL
Tumpuan utama Kerajaan kerana ianya menyumbang 17.8% KDNK (2015) dan dijangka mencapai 20% (2020).
ICT & TEKNOLOGI
IoT, big data & Artifical Intelligence (AI) dan GIS memberi impak kepada polisi dan pengurusan bandar, integrasi maklumat dan meningkatkan tahap perkhidmatan.
KUALITI HIDUP
Inisiatif bandar pintar perlu selari dengan keperluan cabaran perbandaran, menyediakan penyelesaian bagi meningkatkan kualiti hidup.
KEMAMPANAN
Selaras dengan agenda nasional dan global untuk memenuhi keperluan hala tuju negara terhadap pembangunan mampan.