𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓
Khas buat warga Pangkalan TLDM Lumut! Jom kita sama-sama jayakan gaya hidup lestari!
Majlis Perbandaran Manjung akan menganjurkan Program Pertukaran Barangan Kitar Semula seperti ketetapan berikut:
10 Mei 2025 (Sabtu)
8:30 pagi – 12:00 tengah hari
Dewan Sharrif, Pangkalan TLDM Lumut
Plastik, aluminium, kaca, kertas, minyak masak dan barangan elektronik (e-Waste) — semua ini boleh dikitar semula! Asingkan, simpan dalam bekas yang kering dan bawa ke program ini. Barangan anda mungkin nampak seperti sampah, tapi sebenarnya sangat bernilai untuk bumi kita.
Tukar barang, dapat duit!
Jadikan amalan kitar semula satu kebiasaan!
