MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024)

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-150 BANDAR TAIPING (1874-2024)

20 JANUARI 2024 (SABTU) – Telah berlangsung Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping di Dataran Warisan, Taiping sebentar tadi.

Justeru, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan pelancongan daerah Manjung dengan memperkenalkan produk-produk daerah Manjung menerusi Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai. Rakan-rakan PBT Perak yang lain juga tidak ketinggalan turut serta dalam pameran ini dengan mempersembahkan produk pelancongan daerah masing-masing.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Taiping atas kejayaan penganjuran majlis ini dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput MPM bagi mempromosikan produk pelancongan.

Majlis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak diiringi YB Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Tuan Loh Sze Yee, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak. Turut hadir bersama Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM.

Semoga penganjuran majlis ini akan menyemarakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024. Buat pelancong, Selamat Datang ke Negeri Perak!!!