JOM TEROKAI PANTAI PULAU PANGKOR
Di Pangkor ada macam-macam pulau kat sini . Jemputlah datang bercuti ke sini semasa fenomena air pasang surut nanti. Percutian ke pulau yang mesti dilakukan sama ada bersama yang tersayang , keluarga atau percutian bersama rakan-rakan ! Rasailah kenikmatan pelbagai juadah makanan, berjalan kaki merentasi pulau dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh kome terokai di Pulau Pangkor.
Terokailah keindahan Pulau Pangkor, destinasi impian dengan pulau-pulau yang menakjubkan! Jomlah kome luangkan masa bercuti sambil menghayati keunikan air pasang surut yang sangat memukau. Untuk pengetahuan semua, kebiasaannya fenomena air pasang surut dari Pulau Pangkor ke Pulau Giam berlaku semasa Tahun Baru Cina bergantung kepada jadual air pasang surut.
Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada terhadap aspek keselamatan air dan rujuklah kepada agensi berkaitan terutama Jabatan Laut berkenaan maklumat waktu pasang surut air laut yang tepat serta perubahan cuaca sebelum mendedahkan diri kepada sebarang risiko dan bahaya.
Nikmatilah makanan-makanan special yang hanya ada di Pulau Pangkor sambil melangkah merentasi kecantikan pulau ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti untuk kome terokai di Pulau Pangkor. Ianya pengalaman yang penuh dengan kenangan di pulau yang sangat mempesonakan ini!