Majlis Moreh di Pantai Kota Kulit Kerang, Pengkalan Baharu, Pantai Remis

20 Mac 2024 (Rabu) – Telah berlangsung Majlis Moreh di Pantai Kota Kulit Kerang, Pengkalan Baharu, Pantai Remis bersama YAB Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak. Turut hadir ialah YB Azman bin Noh, Adun Pengkalan Baharu, Tuan IR. Ahmad Shahrir bin MD. Naziri, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung, Encik Mohd Helmi Ariffin, Setiausaha Perbandaran, Barisan Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Pengarah Majlis Perbandaran Manjung.

YAB Datuk Seri Saarani Mohamad telah berkunjung ke Pantai Kota Kulit Kerang bagi Majlis Moreh serta ingin melihat sendiri kawasan baru yang telah dibangunkan bagi produk pelancongan di Negeri Perak khususnya di kawasan Pengkalan Baharu. Beliau telah disambut dengan penuh keceriaan oleh penduduk setempat serta pihak berkuasa setempat. Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara kerajaan negeri dengan rakyat serta dapat mempromosikan potensi pelancongan di kawasan Pantai Kota Kulit Kerang bersempena Tahun Melawat Perak 2024.

Jom beramai-ramai datang untuk memeriahkan kawasan Pantai Kota Kulit Kerang Pengkalan Baharu, Perak. Jom OOTD di daerah Manjung.

Majlis Moreh di Pantai Kota Kulit Kerang, Pengkalan Baharu, Pantai Remis
Majlis Moreh di Pantai Kota Kulit Kerang, Pengkalan Baharu, Pantai Remis
Majlis Moreh di Pantai Kota Kulit Kerang, Pengkalan Baharu, Pantai Remis