“Kami udoh kabo, kalau nak bela ternakan, bior le elok berkandang berjaga. Jangan dibior merayo ke tempat awam dan masuk tanah orang sehingga menjadi kacau ganggu..”
OPERASI TANGKAPAN LEMBU BERKELIARAN
22 Mac 2024, MPM telah menerima aduan daripada orang awam berkenaan aduan lembu peliharaan berkeliaran di dalam Ladang Kg Tebok, Ayer Tawar
Seramai 5 orang anggota Penguat Kuasa telah bergerak ke lokasi dan lembu yang menyebabkan kacau ganggu itu telah di sita sementara.
Kepada pemilik yang kehilangan lembu ternakan boleh membuat tuntutan dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh tangkapan. Kegagalan pemilik membuat tuntutan, MPM boleh melupuskan haiwan berkenaan melalui kaedah-kaedah yang dibenarkan (Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau 2012 MPM)
MPM juga menasihatkan pemilik lembu supaya tidak melepaskan bebas atau menambat haiwan ternakan di tempat-tempat awam atau tepi jalan kerana boleh membahayakan keselamatan orang awam.