AYUH HAPUSKAN NYAMUK AEDES
🦟

AYUH HAPUSKAN NYAMUK AEDES 🦟

Majlis Perbandaran Manjung telah melaksanakan aktiviti Semburan Ultra Low Volume (ULV) atau “Fogging” pada 15 April 2024 mulai jam 6.00 petang hingga 9.00 malam. Kawasan yang terlibat Changkat Keruing dan Ayer Tawar. Semburan ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengawal dan mencegah demam denggi.

Tahukah anda bahawa semburan kabus hanya membunuh nyamuk dewasa? Ayuh, sama-sama kita memainkan peranan dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk agar tiada lagi jentik-jentik yang membiak hingga menjadi nyamuk dewasa. Hanya 10 minit sahaja masa yang diperlukan untuk hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

AYUH HAPUSKAN NYAMUK AEDES
AYUH HAPUSKAN NYAMUK AEDES
AYUH HAPUSKAN NYAMUK AEDES