𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐄𝐗𝐓𝐑𝐄𝐌𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐄𝐗𝐓𝐑𝐄𝐌𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

11 MEI 2025 (AHAD) – Telah berlangsung Program Madinah Extreme Challenge Fun Run 2025 anjuran Restoran Madinah dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM), bertempat di Dewan Merdeka MPM, bermula jam 8.00 pagi. Turut hadir menyempurnakan program ialah Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran aktiviti kecergasan yang melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat.

Pihak MPM melalui kerjasama strategik dalam penganjuran ini telah menyumbang secara langsung dari aspek penyertaan dan logistik, termasuklah penglibatan lebih 150 orang warga kerja MPM sebagai peserta larian. Dalam usaha memperluaskan akses kepada perkhidmatan perbandaran, MPM turut mengambil inisiatif menyediakan Kaunter Promosi myMANJUNG dan Kutipan Bergerak sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sepenuhnya komitmen dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program pada pagi ini. Diharapkan agar usaha murni ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai manifestasi sokongan terhadap gaya hidup sihat, pemerkasaan jalinan kerjasama strategik serta penyatuan komuniti, sejajar dengan aspirasi MPM untuk merealisasikan visi sebagai sebuah bandar raya pelancongan dan maritim yang progresif, inklusif serta berdaya huni.