PROGRAM PELANCARAN KEMPEN NORMA BAHARU COVID-19 SEKTOR PERUNCITAN DI PULAU PANGKOR
19.3.2022 -Hari ini komuniti perniagaan Pulau Pangkor berasa bertuah menerima Lawatan Kerja YB Dato Sri Alexander Nanda Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Kempen Pembudayaan Norma Baharu Sektor Peruncitan bersama agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku penyelaras utama kempen ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung yang di wakili oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran dan Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan yang bertanggungjawab memastikan pematuhan SOP sektor peruncitan yang tinggi di kalangan pemilik perniagaan runcit di kawasan perbandaran.
Tindakan ini adalah susulan daripada pelancaran Kempen Norma Baharu Covid-19 pada 8 Ogos 2020 oleh YAB Pendana Menteri yang bertujuan untuk menggalakkan semua pihak disetiap peringkat untuk mengembleng tenaga dalam memastikan norma baharu kehidupan diamalkan kesan daripada penularan pandemik Covid-19.
Kriteria utama Pulau Pangkor dijadikan pilihan memandangkan pulau percutian bebas cukai ini menjadi tumpuan pengguna terutama pelancong domestik dan luar dalam sektor pelancongan dan disiap siaga awal bagi memastikan ianya dapat menerima pengunjung luar dengan pematuhan SOP yang tinggi apabila sektor pelancongan domestik dibuka kembali rancak kelak. Pada program yang sama YB Menteri KPDNHEP turut berbesar hati merasmikan Retail Digitalisation Initiative “Jom E- Wallet Kome” yang menggalakkan dan memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai melalui shopee pay, e-wallet, QR pay dan sebagainya.
Di antara langkah yang akan digunakan dalam kempen ini ialah melalui pemasangan Sistem Ulang Siar (Digital Signage Solution) sebagai satu strategi bagi memudahkan semua pihak menerima maklumat dengan pantas dan mudah dan dapat memberi manfaat bukan sahaja dalam Kempen Norma Baharu tetapi juga selepas pandemik Covid-19 dapat diatasi.
Semoga kempen ini dapat membantu sektor peruncitan untuk memenuhi keperluan pembukaan ekonomi dalam keadaan yang selamat.