Assalamualaikum Tuan/Puan,

MPM: Permohonan Permit Perniagaan Sementara Di Musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Sempena Perayaan Aidilfitri 2020 dibuka secara online.

Perniagaan yang diberikan kelonggaran dalam tempoh Perintah Pengawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) :-

  1. DAGING (KERBAU, LEMBU, KAMBING, RUSA, AYAM, IKAN)
  2. KUIH RAYA
  3. LEMANG

Syarat Tambahan bagi Permit Musim PKPB :-

  1. Tempoh perniagaan
    • 10 hari SAHAJA
    • 18 Mei 2020 (25 Ramadan 1441) sehinggan 28 Mei 2020 (5 Syawal 2020)
    • 6.00 pagi hingga 10.00 malam
  2. Mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara termasuk syarat tambahan berikut:-
    • 3 pekerja sahaja
    • Khemah bersaiz 20 x 20 sahaja (Mengikut kesesuaian lokasi)
    • Peniaga dan pelanggan yang berada di tapak perlu mematuhi syarat seperti penjagaan jarak sosial, pemakaian “mask” dann lain-lain perkara berkaitan
  3. Lokasi perniagaan
    • Peniaga boleh beroperasi di kawasan rezab MPM yang bersesuaian atau tidak menimbulkan kacau ganggu seperti kesesakan
  4. Jarak perniagaan antara peniagaan
    • Peniaga-peniaga yang terlibat dalam permit ini perlu memastikan jarak 100M antara satu sama lain
  5. Peniaga perlu mematuhi syarat asas permit perniagaan sementara

PERNIAGAAN LEMANG

  1. Tapak niaga bagi jualan lemang perlu dicari oleh peniaga sendiri dan dibenarkan aktiviti membakar hanya anah lapang sendiri sahaja
  2. Tiada aktiviti pembakaran di tempat letak kereta atau mana-mana kawasan yang boleh mendatangkan kacau ganggu awam

Syarat Asas Permit Perniagaan Sementara:-

  1. Menjaga kebersihan tapak atau lokasi perniagaan dan pelupusan sampah adalah di bawah tanggungjawab pemohon
  2. Hanya menjalankan aktiviti jualan yang dibenarkan sahaja
  3. Mendapatkan suntikan tifod pelalian TY2
  4. Tidak menghalang lalulintas dan memastikan ada kawalan yang secukupnya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini
  5. Meletakkan papan tanda lalulintas secukupnya seperti lencongan, tanda awas dan juga kon keselamatan serta lampu amaran pada waktu malam dan sebagainya
  6. Pemohon bertanggungjawab keatas kebersihan jalan/taman dan ketenteraman sekeliling dan atas apa-apa kemalangan yang mungkin akan berlaku
  7. Pemohon dilarng menjalankan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar dan mendatangkan kacau ganggu kepada masyarakat setempat
  8. Majlis tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa aktiviti berlangsung
  9. Pihak Majlis akan membatalkan permit sekiranya mendapat bantahan/aduan daripada orang ramai atau pelanggaran peraturan
  10. Majlis tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan tuntutan ganti rugi oleh pihak tuan apabila permit ini dibatalkan

KAEDAH PERMOHONAN PERMIT

  1. Pemohon perlu mengisi borang di atas talian di link https://forms.gle/qSZN3RTuWyxew79w8
  2. Terima kelulusan permit
  3. Bayaran dilakukan di Kaunter Bayaran Majlis Perbandaran Manjung

Bayaran yang dikenakan adalah RM100.00

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 05-6871384 atau WhatsApp di talian 011-55082976

JABATAN PELESENAN,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG