KAYUHAN SANTAI SEMPENA SAMBUTAN HARI BERBASIKAL DUNIA (WORLD CYCLING DAY) 2024

KAYUHAN SANTAI SEMPENA SAMBUTAN HARI BERBASIKAL DUNIA (WORLD CYCLING DAY) 2024

14 JULAI 2024 (AHAD) – Kayuhan Santai Sempena Sambutan Hari Berbasikal Dunia (World Cycling Day) 2024 telah diadakan di Marina Island, Lumut bermula 8.30 pagi. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Negeri Perak, Pertubuhan Kesenian Alat-alat Muzik Tradisi dan Cycledios dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung. Program berkenaan dijalankan secara serentak di enam daerah di negeri Perak iaitu Manjung, Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Tapah dan Kuala Kangsar.

Program ini bermatlamat untuk memupuk haya hidup sihat di kalangan masyarakat tidak mengira usia, meningkatkan kesedaran tentang keselamatan berbasikal, merapatkan hubungan komuniti melalui aktiviti berbasikal dan memeriahkan sambutan Hari Berbasikal Sedunia dan menyokong Tahun Melawat Perak 2024

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Manjung.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.