KAEDAH MENANGANI SITUASI APABILA TERSEREMPAK DENGAN ANJING LIAR

Jangan panik apabila terserempak dengan anjing liar. Sebaliknya cuba bertenang dan lakukan tiga perkara ini:

📌 Jangan cuba menangkap, mencederakan atau memprovokasi anjing liar tersebut.

📌 Jarakkan diri dan beri amaran kepada sesiapa yang berdekatan.

📌 Segera hubungi talian hotline aduan Majlis Perbandaran Manjung di talian 05-6898833.