46TH INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLES (ICQCC) 2021

25 November 2021,telah diadakan Program International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) 2021 yang berlangsung di Hyderabad, India secara dalam talian.

Program ini dianjurkan oleh Quality Circle Forum of India (QCFI). Tema pada tahun ini ialah Quality Concepts Facilitation Societal and Economic Turnaround. Pasukan Ino_Land Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah dijemput menghadiri program ini berdasarkan pencapaian cemerlang semasa Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (APIC 2020).

Pasukan Ino_Land telah menghasilkan projek inovasi iaitu EZ Sanitizer yang merupakan kaedah sanitasi tangan tanpa terus menyentuh botol, sebaliknya menekan pedal dengan kaki untuk mengeluarkan cecair tersebut. Selain itu, alat sanitiser ini juga boleh dilaras mengikut saiz botol.

46TH INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLES (ICQCC) 2021