𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇

Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua telah mengetuai bacaan lafaz Ikrar Bebas Rasuah diikuti Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran serta seluruh barisan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebelum memulakan Mesyuarat Penuh di Dewan Kaunselor, MPM.

Ikrar Bebas Rasuah yang ditandatangani oleh semua Ahli Majlis dan pengurusan tertinggi MPM adalah komitmen berterusan organisasi ini dalam menzahirkan ketelusan dan integriti warga kerja MPM dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warganya tanpa prejudis.

MPM sangat komited dalam memastikan segala urusan perkhidmatan dilaksanakan dengan penuh integriti dan beretika. Selaras dengan objektif ‘Toleransi Sifar Terhadap Rasuah’, MPM tidak akan tolak ansur terhadap apa jua bentuk perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Bersama-sama kita membendung jenayah rasuah daripada terus berleluasa.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇