PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) “FUN RIDE DAN GOTONG-ROYONG BERSIH PANTAI” MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI PANTAI TELUK SENANGIN, LUMUT.

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) “FUN RIDE DAN GOTONG-ROYONG BERSIH PANTAI” MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DI PANTAI TELUK SENANGIN, LUMUT.

28 Jun 2024 (Jumaat) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil langkah proaktif ke arah mewujudkan kawasan pesisir pantai awam di daerah Manjung yang bersih, ceria dan selamat untuk dikunjungi oleh pengunjung domestik dan luar.

Daerah Manjung khususnya Majlis Perbandaran Manjung diatara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini yang mempunyai jajaran kawasan pantai dan kepulauan yang menjadi tumpuan pelancongan awam sejajar dengan motto MPM itu sendiri iaitu “Menuju Bandaraya Pelancongan dan Maritim”.

Bagi mencapai hasrat tersebut, melalui suntikan peruntukan Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini, pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil inisiatif positif bagi memastikan pembangunan mampan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan keperluan masa depan dengan menerap elemen hijau di kawasan perbandaran melalui program pembersihan pantai awam dan pengkongsian ilmu kepada peserta program melalui Kempen Kitar Semula oleh pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM sendiri.

“Kita mahu jadikan pantai yang terdapat di daerah Manjung ini yang bersih dan bebas daripada jangkitan penyakit bawaan seperti penyakit kencing tikus yang berpunca daripada kelalaian penjagaan kebersihan” itu antara intipati ucapan alu-aluan Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung sebelum program tersebut dirasmikan secara simbolik dengan mendirikan “papan tanda kesedaran” MPM oleh YB Tuan Azman Noh@cikgu man, ADUN Pengkalan Baharu.

Di program tersebut sebanyak 455.91 kg sampah sarap daripada bahan kitar semula dan tidak boleh dikitar semula dapat dipungut dalam tempoh masa 1 jam di sepanjang jajaran pantai 4 km oleh peserta yang terdiri daripada anggota MPM, anggota TLDM Pangkalan Lumut, komuniti myKP Teluk Senangin dan pelajar universiti.

Semoga usaha ini mencerminkan komitmen teguh pihak MPM dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, intitusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan untuk memacu perubahan positif dan membudayakan amalan lestari di kawasan perbandaran Manjung.

“pantai bersih, komuniti sejahtera”