𝐅𝐎𝐂𝐔𝐒 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏 𝐃𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐏𝐌 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑
7 DISEMBER 2023 (KHAMIS) – Menjadi sebuah perbandaran yang pintar (smart city) selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Inilah hasrat Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada ketika ini.
Buat kali kedua, MPM telah mengadakan Focus Group Discussion (FGD) Pelan Tindakan Bandar Pintar pada hari ini, jam 8.30 pagi di Ballroom Dewan Merdeka, MPM. FGD pada kali ini diadakan bagi memberi tumpuan terhadap perkara berikut:
a. mengenalpasti status tindakan dan inisiatif penjajaran 𝘬𝘦𝘺 𝘱𝘭𝘢𝘺𝘦𝘳𝘴 kepada 85 Indikator ISO Bandar Pintar Malaysia.
b. merekodkan inisiatif (projek/program/aplikasi) bandar pintar sedia ada yang sedang dilaksanakan, perancangan atau telah dilaksanakan
c. mengenalpasti dan menilai kesesuaian terhadap inisiatif (penanda aras Putrajaya, Ipoh dan Kajang) untuk diadaptasi dalam PTBP Manjung 2030.
Turut hadir semasa program ialah Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Fadzil Abdul Rashid Ketua Perunding UiTM Technoventure, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua MPM, Ahli-ahli Majlis, agensi kerajaan dan swasta.