MAJLIS PERASMIAN QR PANGKOR POCKET GUIDE PULAU PANGKOR

MAJLIS PERASMIAN QR PANGKOR POCKET GUIDE PULAU PANGKOR

7 Disember 2023 – bertempat di Dewan Serbaguna Teluk Kecil, berlangsungnya Majlis Perasmian Pangkor _Pocket Guide_ yang dibangunkan oleh pelajar tahun akhir Kuliyyah Pembangunan Pelancongan dan SULAM-IIUM : Pangkor Edu-Voluntarism daripada International Islamic University Malaysia (IIUM)

Majlis dihadiri oleh Cik Nur Aniessa selaku wakil Puan Nadiah, Pengarah UPPBC. Puan Zarina, Penghulu Pulau Pangkor, En Mohd Shamsul Izwan, Ahli Majlis kawasan Pulau Pangkor, Ketua Kampung Teluk Kecil, Kampung Teluk Raja Bayang, Kampung Teluk Dalam, Kampung Teluk Gedung dan Persatuan Hotel dan Teksi Pulau Pangkor.

Projek ini merupakan usaha para pelajar dalam mempromosikan Pulau Pangkor melalui penggunaan kod QR agar pelancong dapat mencapai informasi berkaitan produk dan perkhidmatan dalam kalangan pengusaha pelancongan dan pelancong.

Kod QR ini dipaparkan di setiap Teksi Van Pink Pulau Pangkor dan hanya perlu diimbas untuk paparan maklumat Pulau Pangkor yang sedia digunakan oleh pelancong.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan UPPBC mengucapkan terima kasih di atas sumbangan pelajar IIUM kepada sektor pelancongan dan pembangunan Pulau Pangkor untuk terus maju ke arah pendigitalan menuju pulau yang pintar dan mampan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada para pelajar dan selamat menerokai Pulau Pangkor!