Fungsi

Berikut adalah fungsi-fungsi Majlis Perbandaran Manjung:

  1. Bertanggungjawab  untuk mentadbir kawasan Majlis yang merupakan bandar-bandar dan kawasan sekitar yang diwartakan dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  2. Bertanggungjawab untuk mengutip hasil tahunan disamping berusaha untuk meningkatkan jumlah hasil tahunan melalui punca-punca hasil yang baru.
  3. Mewujudkan hubungan baik dengan semua pihak (pelanggan, pembayaran cukai dan lain-lain) yang ada kaitan langsung atau tidak langsung dalam konteks mencapai matlamat dan objektif Majlis.
  4. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan kehidupan masyarakat ke arah mewujudkan keadaan persekitaran yang permai.
  5. Bertanggungjawab mentadbir kawasan Majlis melalui kawalan ke atas aktiviti perniagaan dan perindustrianserta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menarik lebih banyak pelaburan.
  6. Mengawal, merancang dan meluluskan pembangunan fizikal supaya selaras dengan kehendak Pelan Struktur dan Pelan Tempatan.
  7. Merancang dan melaksanakan pembangunan kawasan Majlis dengan tumpuan kepada pembangunan yang berorientasikan kepada pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan masyarakat bandar yang seimbang dan harmoni.