UNIT ANTI SAMPAH MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Majlis Perbandaran Manjung telah menubuhkan satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Anti Sampah pada 15/01/2010 yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai dan para peniaga bahawa perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat (tempat awam) adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Anggota unit ini akan mengambil tindakan kompaun terhadap orang ramai dan para peniaga yang suka membuang sampah di merata-rata tempat (tempat awam) dan dalam melaksanakan tugas ini, anggota unit ini juga akan melakukan tugas-tugas penyamaran (tanpa pakaian seragam) untuk mengesan individu-individu yang membuang sampah di tempat awam. Unit Anti Sampah ini dianggotai oleh seramai 4 orang anggota Penguatkuasa.