
𝐊𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 (𝐌𝐏𝐌) 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓
Majlis Perbandaran Manjung sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan MPM Siri 2 Tahun 2025. MPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak agensi Kerajaan.
Penilaian daripada persepsi pelanggan amat penting dalam membantu MPM mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang boleh ditingkatkan serta ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Kajian ini mengambil masa selama 1 minit sahaja dan keputusan kajian hanya akan digunakan untuk analisis dalaman. 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟭𝟱 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱.
Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Pautan kaji selidik adalah seperti berikut https://forms.gle/Xyq8dRmUxwP3hWMV6
Setinggi penghargaan dan terima kasih atas penilaian anda demi kesejahteraan bersama.
