PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “GREEN CLEAN PROJECT” ICP PILES, LUMUT PORT, UTP DAN SMJK DINDINGS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “GREEN CLEAN PROJECT” ICP PILES, LUMUT PORT, UTP DAN SMJK DINDINGS DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

24 April 2024 (Rabu) – Pantai Peranginan Teluk Senangin hari ini dikunjungi seramai 145 orang peserta bagi melaksanakan program khidmat masyarakat “Green Clean Project”. Dua aktiviti utama yang dijalankan ialah pembersihan pantai awam daripada sampah sarap dan aktiviti pemindahan ilmu dengan penempatan tong kitar semula di kawasan pantai.

Penyertaan terdiri daripada pegawai dan anggota Industrial Concrete Products Sdn. Bhd (ICP), Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd (Lumut Port), mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Petronas (UTP) daripada Jurusan Elektrikal dan Elektronik Cawangan Seri Iskandar, guru dan pelajar SMJK Dindings, Lumut meliputi aktiviti pemindahan ilmu menempatkan 4 jenis tong sampah kitar semula di kawasan pantai dengan tujuan mendidik pengunjung pantai membuang sampah mengikut jenis sampah, mendirikan papan tanda kesedaran dan aktiviti mengutip sampah sarap di sepanjang jajaran pantai peranginan tersebut.

Program komuniti yang bermatlamatkan tanggungjawab sosial ini dianjurkan oleh pihak UTP yang diketuai oleh Encik Aziz Abdul Bagas, (pelajar Mozambique) dengan kerjasama ICP Piles Lumut yang bertindak sebagai rakan penganjur dan penaja dibawah pimpinan Tuan Abdul Hatim Hakimi, Pengurus ICP Piles Lumut yang turut menyumbang RM3,000.00 telah mendapat perhatian Lumut Port Terminal Sdn. Bhd dibawah seliaan Tuan Rabani Ashaari, Pegawai Alam Sekitar Lumut Port, Lumut yang juga berbesar hati menyumbang dana kewangan sebanyak RM3,000.00 bagi memastikan program kelestarian alam sekitar di kawasan pantai awam di daerah Manjung dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Turut memberikan kerjasama ialah pelajar UTP daripada tanah air dan pelbagai negara lain termasuklah daripada negara seperti Sudan, Turkmenistan dan Mozambique, guru dan pelajar SMJK Dindings yang didedahkan pertama kali dalam aktiviti “plogging” telah berkolaborasi bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandar dan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung. Aktiviti pembersihan pantai ini telah berjaya mengumpul sampah kitar semula dan sampah bukan kitar semula dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 298.00kg.

Pihak Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar MPM dijemput khas bagi menyampaikan taklimat berkaitan konsep 3R yang dilaksanakan oleh pihak MPM dan jualan baja kompos teknik ‘Takakura’ yang sering ‘laku keras’ kepada pengunjung.

Semoga usaha murni yang telah dilaksanakan ini mengundang kesedaran kepada masyarakat dan pengunjung pantai peranginan untuk meletakkan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan pantai secara bersama dan berterusan.