𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐁𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐑, 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒.

𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐀𝐁𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐑, 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒.

26 MEI 2025 (ISNIN) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengambil tindakan sitaan terhadap seekor lembu peliharaan yang ditambat di kawasan papan tanda awam di Taman Melur, Beruas. Tindakan tegas ini diambil susulan aduan awam berkaitan kacau ganggu serta risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh haiwan tersebut. Lembu berkenaan telah disita dan kini berada dalam proses pengesahan kesihatan oleh pihak Jabatan Veterinar sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peraturan yang ditetapkan.

MPM ingin menegaskan bahawa pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan ternakan mereka tidak berkeliaran atau ditambat di kawasan awam. Perbuatan ini bukan sahaja menimbulkan kacau ganggu, malah boleh mencetuskan risiko kemalangan dan mencemarkan imej persekitaran.

Sehubungan itu, semua pemilik lembu DIWAJIBKAN menyediakan kandang atau kawasan yang sesuai bagi menempatkan ternakan masing-masing. Sebarang pelanggaran akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi di bawah undang-undang kecil sedia ada.