𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐌𝐎𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐌𝐎𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐

10 JUN 2025 (SELASA) – Telah berlangsung Majlis Undian Cabutan Bertuah Kempen Moh Kiter Cashless (MKC) Fasa 2 yang bersiaran secara langsung dari Facebook Majlis Perbandaran Manjung pada jam 2.30 petang.

MKC Fasa 2 menyaksikan seramai 195 orang telah menerima hadiah cabutan bertuah. Penerima terdiri daripada pengguna yang telah membuat bayaran secara dalam talian mahupun secara fizikal di semua kaunter bayaran MPM melibatkan 3 kategori utama iaitu Cukai Taksiran, Lesen dan Sewaan.

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah cabutan bertuah MKC Fasa 2. Terima kasih kerana menyokong inisiatif pembayaran tanpa tunai yang diperkenalkan oleh MPM!

📌 Senarai nama penerima akan dikemas kini mulai esok.

📌 Hadiah boleh dituntut di Jabatan Perbendaharaan, MPM bermula esok.

📌 Manakala penerima hadiah dari tempat ke-10 hingga pertama akan dijemput menghadiri majlis penyerahan yang akan dimaklumkan kemudian.

Syarat tuntutan hadiah:

▪️ Individu: Bawa salinan IC

▪️ Syarikat: Bawa salinan SSM dan surat wakil (jika hantar wakil)

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐌𝐎𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐌𝐎𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐌𝐎𝐇 𝐊𝐈𝐓𝐄𝐑 𝐂𝐀𝐒𝐇𝐋𝐄𝐒𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐