
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
10 JUN 2025 (SELASA) – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Korporat Bil.3/2025 Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 8.30 pagi tadi di Dewan Merdeka, MPM.
Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam ucapannya mengajak semua untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan tanggungjawab sambil menekankan kepentingan kerjasama dalam mencapai visi dan misi organisasi.
Semasa majlis ini, seluruh warga kerja MPM telah melafazkan Ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Encik Mohamad Azridy Azhar, sebagai tanda komitmen terhadap prinsip-prinsip kenegaraan dan integriti.
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian anugerah dan penghargaan bagi mengiktiraf pencapaian warga kerja Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam pelbagai kategori. Antaranya termasuk Anugerah Pekerja Terbaik, Jabatan Terbaik, Pejabat Cawangan Terbaik, Pemandu Kenderaan Terbaik Cawangan, dan Penyelia Terbaik Cawangan bagi bulan Mac dan April 2025. Turut disampaikan adalah sijil-sijil penghargaan Majlis Bersama Jabatan Tahun 2023 kepada MPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, penyampaian sijil penghargaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada MPM yang berjaya mencapai 100% tiga (3) hari berkursus bagi tahun 2024 serta pelbagai anugerah serta penarafan yang dicapai oleh MPM pada tahun 2025 melibatkan penilaian dan pertandingan yang disertai oleh pasukan MPM termasuk acara-acara sukan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan Majlis Perbandaran Manjung.




