PEMAKLUMAN OPERASI KAUNTER PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG CAWANGAN PULAU PANGKOR SEPANJANG TEMPOH PKP 3.0 MULAI 25 MEI HINGGA 7 JUN 2021

Dimaklumkan bahawa Kaunter Pejabat Majlis Perbandaran Manjung Cawangan Pulau Pangkor akan beroperasi mulai jam 8.15 pagi sehingga 12.00 tengahari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai 25 Mei hingga 7 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, para pelanggan digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan selaras dengan langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pembayaran atas talian boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

  1. Perbankan Internet di rangkaian bank terpilih iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Maybank2u, AmBank Malaysia, JomPay (Biller Code: 95935), CIMB CLicks, Bank Rakyat Berhad dan MBF Kad Kredit.
  2. Portal E-PBT online di http://www.mpm.gov.my

Manakala pelanggan yang berurusan di kaunter diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, mengimbas kod QR MySejahtera, memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan menggunakan hand sanitizer sebelum dan selepas berurusan di kaunter.

Kerjasama para pelanggan dalam perkara ini amat dihargai.

#perangicovid-19

#kitajagakita

#kitajaganegarakita

#kitamestimenang

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG