PENYEWAAN KEDAI/GERAI/PASAR MAJLIS

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT

PELAWAAN PENYEWAAN KEDAI/MEJA PASAR/GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Meja Pasar Awam dan Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bahagian Hasil & Sewaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-

1.1 Bayaran proses sebanyak RM5.00

Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon meja pasar / gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja.

Senarai meja pasar / gerai adalah seperti yang dilampirkan di halaman utama laman ini (rujuk ruangan Iklan Sewaan)