Local Agenda 21 (LA21)

 

SEJARAH LOCAL AGENDA 21

  • Pada Jun 1992, seramai 178 Ketua Negara (termasuk Malaysia) menghadiri persidangan kemuncak Bumi Bangsa – Bangsa di Rio De Janerio, Brazil untuk menyediakan satu pelan tindakan dunia bagi pembangunan mampan.Pelan ini dikenali sebagai Agenda 21 – satu agenda untuk mencapai pembangunan mampan di abad 21.
  • Pelan Pembangunan Mampan Agenda 21 mengandungi 40 bab dan dibahagikan kepada 40 bab.Bab 28 adalah mengenai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyokong Agenda 21 berbunyi: disebabkan banyak masalah dan penyeksaan disyorkan dalam Agenda 21 berakar umbi daripada aktiviti tempatan, penyertaan dan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan merupakan faktor penentu dalam memenuhi objektifnya”
  • Pihak Berkuasa Tempatan diminta mengambil satu pendekatan positif dalam melaksanaan Agenda 21 ke arah pembangunan mampan peringkat tempatan.

 

PENGENALAN LOCAL AGENDA 21

APA ITU LOCAL AGENDA 21?

  • Secara ringkas Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

 

APA ITU AGENDA 21?

  • Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka “21” menandakan abad ke-21.
  • Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan
  • Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk “Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21” menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan “Local Agenda 21” masing-masing.

 

OBJEKTIF LOCAL AGENDA 21

  • Mendedahkan masyarakat dan sektor swasta tempatan kepada isu-isu pembangunan mampan dan Local Agenda 21.
  • Menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan adalah tanggungjawab bersama
  • Merumuskan strategi dan pelan tindakan Local Agenda 21.
  • Melaksanakan pelan tindakan Local Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.
  • Mengguna pakai pendekatan dan pelaksanaan di setiap PBT.

 

APA ITU PEMBANGUNAN MAMPAN?

  • Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi masa hadapan. Di samping mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam sekitar.

 

CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN


Alam Sekitar
Pembangunan yang mengambil kira akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
Kesaksamaan Sosial
Perolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar
Ekonomi Manusia
Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
Masa Hadapan
Sebarang keputusan tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi akan datang.
Penyertaan
Seluruh masyarakat terlibat.
Tindakan tempatan / impak global
Pembangunan tempatan yang menyunting kepada resolusi isu global.

 

CIRI-CIRI LOCAL AGENDA 21

  • Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama
  • Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus)
  • Melibatkan masyarakat tempatan
  • Mewujudkan badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini
  • Mewujudkan rangkakerja pemantauan dan laporan perkembangan projek
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

 

FAEDAH LOCAL AGENDA 21

Sebagai individu:

  • Pendapat anda diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
  • Pihakberkuasa tempatan yang lebih peka dan berkesan kepada keperluan-keperluan anda.
  • Alam sekitar yang lebih selesa dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan rasa bangga, cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar anda.

Sebagai persatuan atau syarikat:

  • Meningkatkan imej pertubuhan anda sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Menjalankan program-program dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama dari pihak-pihak berkepentingan yang lain.
  • Peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan pihakberkuasa tempatan.
  • Peluang untuk memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling dan kualiti hidup masyarakat tempatan.

Sebagai wakil kerajaan:

  • Meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan. akan membawa manfaat kepada semua.
  • Mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan (consensus), keberkesanan dan kecekapan, kebertanggungjawaban (accountability) dan wawasan strategik.

 

WAWASAN MASYARAKAT MANJUNG

“Bersama membentuk persekitaran perbandaran yang harmoni, mesra dan penyayang”

 

PELAKSANAAN LA21

PELAKSANAAN PROGRAM LA21, MANJUNG MELALUI 3 FASA IAITU:-

  1. FASA PENGENALAN & LATIHAN
  2. FASA LATIHAN, PERANCANGAN & PELAKSANAAN
  3. FASA PELAKSANAAN & PENILAIAN

 

MATLAMAT

JAWATANKUASA KECIL INTEGRASI SOSIAL DAN KESELAMATAN
‘Merangsang masyarakat perbandaran yang prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam kehidupan seharian agar persekitaran manjung sentiasa harmoni, mesra dan kondusif’

JAWATANKUASA KECIL PELANCONGAN & ALAM SEKITAR
“Menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan yang konsisten dan mengekalkan imej dan identiti tersendiri iaitu warisan sejarah, keunikan sosio budaya, kekayaan alam semulajadi, serta sebagi sebuah pusat pembangunan maritim.”

JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN SEKTOR INFORMAL
“Meningkatkan keupayaan dan kebolehan usahawan bumiputera Manjung dalam perniagaan dan pemilikan harta komersial khususnya premis perniagaan di pusat bandar.”