1.Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan dengan merujuk senarai semak permohonan.

2.Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yag ditetapkan.

3.Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk memproses dan jabatan / agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan.

4.Memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan kepada jabatan / agensi teknikal.

5.Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang telah diterima.

6.Mendapatkan maklum balas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa-apa isu dan masalah.

7.Menyemak, menyelaras dan menjilid kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat.

8.Bertindak sebagai urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat yang diadakan dua (2) kali sebulan serta memaklumkan keputusan mesyuarat kepada Mesyuarat Penuh Majlis.