FUNGSI UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN
- Menyelaras dan menguatkuasa Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2015 dan Akta A1450 Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013.
- Memberi khidmat nasihat, taklimat dan menganjurkan program pendidikan kepada JMB / MC / Pemaju / Ejen / KomunitI bertingkat / strata mengenai penyenggaraan dan pengurusan.
- Menyedia dan mengemaskini Daftar Profil Kawasan Pemajuan Bertingkat/Strata.
- Memastikan Panggilan Mesyuarat Pertama JMB dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan milikan kosong.
- Memastikan Panggilan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan (MC) dilaksanakan setelah mendapati sekurang-kurangnya 25% dari jumlah pemilik petak telah membuat urusan pindah milik.
- Mengarahkan Panggilan Mesyuarat Pertama Badan Pengurusan Bersama (JMB) / Perbadanan Pengurusan (MC) Oleh Seseorang Jika Pemaju Gagal.
- Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran Sijil Badan Pengurusan Bersama (JMB).
- Memastikan semua JMB / MC mengadakan MesyuaratAgung Tahunan dalam tempoh 12 bulan atau selewat-lewatnya 15 bulan bagi membolehkan perlantikan AJK baru dilantik.
- Mengesahkan Pembubaran Badan Pengurusan Bersama (JMB).
- Pemfailan Penyata Kewangan Teraudit kepada Pesuruhjaya Bangunan.
- Pemfailan Jadual Petak / Penguntukkan Unit Syer kepada Pesuruhjaya Bangunan.
- Perlantikan dan Penamatan Ejen Pengurusan oleh Pesuruhjaya Bangunan.
- Penyelarasan proses penyerahan, penggunaan dan pemulangan Deposit Kecacatan Harta Bersama.
- Pelantikan Juruaudit oleh Pesuruhjaya Bangunan.
- Menguruskan aduan berkaitan perundangan, pentadbiran , penyenggaraan dan kewangan kawasan Pemajuan Bertingkat/strata.
- Menyelaras Prosedur Penahanan dan Lelongan Harta Alih
- Menganjurkan program – program pendidikan kepada JMB/MC/Pemaju/Ejen Pengurusan Bangunandan komuniti bertingkat/strata.